Nama saintifik: CURCUMA CAESIA
Famili : Zingerberraceae
Nama Biasa : KUNYIT HITAM
Nama Lain : Kali Haldi,Black Turmeric, Black Zedoary
Taburan kawasan tumbuh : Kawasan TROPIKA
Negara Asal : INDIA
Kategori : Rempah Herba
Kunyit Hitam adalah sejenis kunyit yang jarang di temui dan mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi.Mempunyai nilai yang tinggi didalam perubatan MISTIK(alam JIN).Di India kunyit ini di tanam secara komersial kerana ada nilaian perubatan yang tinggi dalam perubatan AYURVEDA.
Pengenalan:Rupa yang sama seperti kunyit biasa tetapi rizom nya yang hitam gelap, jika cukup matang.Jika masih muda warna nya unggu gelap.Daun nya di sebelah belakang bertulang kan warna hitam.Warna akar nya coklat jerneh jika masih muda.
Cara Pembiakan dan Penjagaan :Walaupun cara tumbesaran dan penanaman sama dengan kunyit biasa, kunyit ini memerlukan penjagaan yang rapi dan sangat rumit.Tanah nya mesti bercampur dengan pasir dan memerlukan kawasan yang redup dan air yang cukup tetapi jangan terlalu banyak air.Kunyit ini bercambah dalam masa yang sangat lama dan kadang kala selama 3 bulan baru bercambah.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Di gunakan untuk merawat ketumbuhan/BARAH dan KUSTA.Bolih di gunakan untuk bahan AWET MUDA.Dan juga sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan.Jika di campur herba lain bolih mengubati Denggi Berdarah.Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam pengubatan Santau dan termakan Bisa.
Kunyit ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah bolih menjadi pendinding rumah.Dia nya berfungsi sebagai penolak anasir yang negetif.
Harus diingat kalau anda nak tanam kunyit ini mestilah dalam kawasan yang berpagar dan rumah anda juga “BERPAGAR”.Ini di sebab kan dari pengalaman PESAKIT saya,kunyit hitam nya hilang bukan manusia yang curi, tetapi orang “sebelah” yang ambil.Kata guru saya, “mereka” juga memerlukan Kunyit ini untuk perubatan “MEREKA”.Itu lah sebab nya KUNYIT HITAM sangat berguna untuk manusia dan juga JIN.